Mahkota Utara
Mahkota Utara

Mahkota Utara

Mahkota Utara atau Corona Borealis (CrB) ialah sebuah buruj kecil di Hemisfera Samawi Utara. Namanya dalam bahasa Latin, diilhamkan sempena rupa bentuknya, bermaksud "mahkota utara" kerana bintang-bintang cerahnya membentuk lengkung separuh bulatan. Sebagai padanan utara bagi Corona Australis (Mahkota Selatan), buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Dalam mitologi klasik, Corona Borealis pada amnya mewakili mahkota yang diberikan oleh Dewa Dionysus kepada Puteri Kreta, Ariadne, dan ditetapkan olehnya di syurga. Budaya-budaya lain menyamakan coraknya dengan sebulatan orang tua-tua, sarang helang, sarang beruang, atau juga lubang asap.Bintang tercerahnya ialah Alpha Coronae Borealis bermagnitud 2.2. Raksasa super kuning R Coronae Borealis ialah prototaip bagi sekelas bintang raksasa jarang—bintang-bintang berubah R Coronae Borealis—yang sangat kekurangan hidrogen, dan disangakakan disebabkan daripada penggabungan dua buah kerdil putih. T Coronae Borealis, juga dikenali sebagai Bintang Nyala, ialah satu lagi jenis luar biasa bagi bintang berubah yang dikenali sebagai nova berulang. Biasanya bermagnitud 10, bintang ini menyala sehingga magnitud 2 pada 1946. ADS 9731 dan Sigma Coronae Borealis merupakan sistem berbilang bintang dengan enam dan lima komponen masing-masing. Lima sistem bintang telah ditemui mempunyai planet luar bersaiz Musytari. Abell 2065 ialah sebuah gugusan galaksi yang sangat padat sejauh satu bilion tahun cahaya dari Sistem Suria kitara, mengandungi melebihi 400 anggota, dan merupakan sebahagian daripada Gugusan Super Mahkota Utara.

Mahkota Utara

Bintang utama 8
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) 4
Bintang dalam 10.00 pc(32.62 ly) 0
Objek Messier 0
Bintang Bayer/Flamsteed 24
Sebutan /korona borealis/, genitif /korone borealis/
Bintang terhampir HD 144579
(46.86 tc, 17.25 pc)
Bintang dengan planet 5
Nama Latin Corona Borealis
Genitif Coronae Borealis
Pancuran meteor
Tiada
Singkatan CrB
Keluasan 179 darjah persegi (ke-73)
Bintang paling terang α CrB (Alphecca or Gemma) (2.21m)
Keserongan 39.7117195°–25.5380573°[1]
Keluarga Beruang Besar
Buruj bersempadan
Simbolisme Mahkota Utara
Jarak hamal 15j 16m 03.8205s–16j 25m 07.1526s[1]